Wednesday 31 October 2012
HUJAN..
Hujan....ada apa pada hujan...mesti kita pernah berfikiran bahawa hujan ini membawa rahmat...(membawa rahmat ???) ...adakah kita pernah terfikir bahawa kadang kala hujan ini membawa malapetaka....( membawa malapetaka ? )..
jika kita renung seketika...hujan tidak semestinya membawa rahmat....kenapa ? kerana dalam menghadapi dunia modenisasi , tidak semua manusia kini menganggap hujan ini rahmat .hal ini kerana , pelbagai kemudahan telah wujud ...dengan adanya kemudahan ..tidak mungkin sesetengah manusia menganggap hujan itu rahmat. Namun tidak kesemuanya.... saya ulangi tidak kesemuanya.....!
Namun , mengapa pula saya berkata bahawa hujan ini membawa malapetaka...? KENAPA ? ya , semuanya kerana ,telah banyak bukti yang dapat disimpulkan mengatakan bahawa hujan ini boleh menyebabkan banjir kilat.Telah banyak tempat-tempat berlakunya banjir kilat...Adakah masih kita berfikiran dangkal mengatakan hujan ini rahmat atau sebaliknya..
Tepuk dada ,buka minda....!!!! kesemuanya bergantung kepada fikiran masing-masing....
AKHIR MASA ..
Jika masa tidak berakhir , tidak ada kehidupan yang abadi sebab keabadian datang dari akhir masa.Apabila masa tidak berakhir , tidak ada ciptaan dan tidak ada kehidupan.
Masa adalah tanda.Tanda adanya Yang Maha Kuasa, Maha segalanya , dan Maha pencipta.Daripada Tuhan benang masa muncul,dan kepada Tuhan jugalah ianya kembali.
Masa tidak dapat diukur .Apa ertinya umur pula bagi masa?Setiap yang dicipta mempunyai batas ,tetapi batas itu bukanlah masa . Detik , minit dan jam adalah batas yang tidak dapat membatasi masa.
Demikianlah pula dengan hari,bulan dan tahun. Setiap tahun yang berbilang,berbilang pula umur yang menyertainya.Umur kita kian panjang tetapi hakikatnya kian renta.
Apabila renta telah tiba , tidak penting lagi sebab-sebab terjadinya kematian sebagai akhir bagi usia.Hanya Allah S.W.T sahaja yang kekal. Yang Abadi.Manusia datang daripada-NYA dan kepada-NYA juga manusia kembali.
Subscribe to:
Posts (Atom)